Monday, July 1, 2013

TTC : HSG




HSG done!… Lepas meng GOGGLE beberapa lama pengalaman-pengalaman kengkawan yang senasib, aku jugak dah melalui pengalaman ber HSG macam TTCian yang lain pada hari Anniversary kami yang ke-5… Alhamdulillah…Dr sahkan yang aku takde apa-apa masalah dengan tiub aku…Berbaloi rasa sakit aku aku alami. Syukur sangat-sangat… Pengalaman yang susah untuk aku gambarkan…Macam-macam yang aku rasa…Memang betul, lain orang, lain pengalamannya…Ada yang kata sakit sampai susah nak berjalan. Ada yang kata sakit kejap je, lepas tu boleh jalan macam biasa…Mungkin kalau kite takde masalah, keadaan lepas buat prosedur  HSG kite boleh jalan macam biase…Kalau teruk mungkin sebaliknya…Risau jugak masa mula-mula nak masuk bilik X-Ray tu…Sejuk pulak air-cond kat KPJ Shah Alam…Lepas ½ jam tunggu Pn. Dr, barulah procedur bermula…Perghhh…tak tau nak kata takutnya masa tu! Segala ayat-ayat Al-Quran aku baca untuk tenangkan diri…Beku rasa kaki tangan ni! Time tu la teringat kat Mr Popeye yang hanya dapat doakan isterinya dari jauh…Dialah semangat aku…Aku kena kuat untuk dia! Pesannya “Balik ni take a rest, jangan buat kerja-kerja berat”… Terasa dihargai walaupun dia jauh…Sayang sangat dia!!! (Selingan). Sambung balik… Lepas beberapa minit digodeknya ‘tut’ aku, tibalah masanya untuk memasukkan ubat . Aku tau sebab pembantu Dr akan bagitau kite…Dannnnnnn….masa tu jugak aku terasa sesuatu  dengan perut aku!!! Macam nak terB*R*K !!! Memulas gilerrr! Adoiiii! Rasa tak sesua kalau perut memulas camtu kena baring telentang jeeeeee…..Aku nak menonggeng boleh ke????!! Hadoiiii….Takut gak tertendang Pn. Dr. Mintak maaflah banyak-banya Pn Dr oiii….Macam ni ke rasa nak beranak eh?? Aku rasa kot…Tapi memang sakit wooo….Selamat kejap je rasa, dalam 2-3 minit camtu la…Sekali masuk dalam 10ml…Total cecair yang dimasukkan 30ml, maknanya 3 kali aku rasa sakit memulas! Lepas ½ jam semuanya selesai…Fuuuuhhhh….LEGAAAAAAA……Sama jugak dengan TTCian yang lain, bila bangun, aku tengok lapik tempat aku baring, bleeding…Memang banyak…Cuma aku tak rasa sakit sikit pun kat bahagian ‘tut’…Untuk 1 hari tu memang akan rasa tak selesa kat perut…Rasa sebu camtu…Dah settle semuanya…Jumpa Dr Siti Esah balik, tengok result ok, barulah ada selera nak makan…hihihi…Tunggu pulak hari ke-21 untuk check darah. Dulu memang dah penah buat tapi sebab dh 2 tahun, kenalah start balik daripada awal… Dan Mr Popeye pun kenalah buat procedur dia jugak, tapi kena tunggu dia balik bercutilah, raya ni…

Wednesday, May 22, 2013

Nak Jugak...


Mood yang sangat merundum sejak-menjak ni..Macam-macam perkara yang jadik (terlalu peribadi untuk kite kongsi)..Cuba untuk mencari semula semangat yang melayang entah ke mana untuk teruskan kehidupan...Siapa lagi yang boleh menyuntik semula semangat dalam diri ni, dialah orang yang paling dekat dengan aku sekarang ni...Dialah racun, dialah penawar aku...Mr Popeye si buah hati...Tahun ni terlalu banyak ujian buat kami...Banyak dugaan yang harus kami tempuhi dengan sabar...Allah sedang menguji kami...Dimata orang kami nampak gembira...Tapi didalam hati kami tersembunyi seribu satu perasaan...*Please dont cry*
Wahhhh...ayat...tak padan kau!! Ishhh...tapi betul la...Tahun ni rasa memang banyak sangat dugaannya...Rasa macam nak lari!!!! tapi tak tau nak gi mana...hahaha...Boleh ke gitu...Harus orang kata aku gile...lately aku suke jadi silent rider blog-blog orang...Baca citer-citer orang...Sonok tau...

Sekarang ni aku tengah syok baca citer-citer orang yang tengah conceive...Seronok baca blog JayFarhana (betul ke cara nak link ni, bukannya tau sangat pun.Kalau tak boleh, google la sendiri eh.), berjaya lepas beberapa tahun TTC...Very happy for them! Banyak jugak info-info yang boleh kite tau..Mesti tak terkata dengan perasaan Masa mula-mula dapat tahu +ve kan...Nak jugak.... Itu semua untuk pembakar semangat aku untuk berusaha lebih lagi ke arah tu...Selama ni bukan tak usaha tapi main-main...Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun kami kawin...5 tahun kau...tapi masih takde anak??? Haaaa...Soklan cepu lemas tu yang aku maleh nak dengar...Rasa nak dusshhh je muka yang tanya tu..Bukannya nak paham perasaan orang, sakitkan ati lagi ada..Takde sensitiviti langsung! Tak Pahamlah!!! Senyum kambing yang tak ikhlas je yang mampu bagi sebab dah nak meletop rasa otak aku ni... Nak-nak pulak yang brtanya tu terdiri daripada gelaran-gelaran MakCik Bedah...MakCik Kiah...Huh! Sabar je la... Ada ke orang kawin tak nak anak? Dulu ya...Ramai yang baru-baru kawin tak nak anak..Planning lah bagai...Tapi zaman-zaman aku  sekarang ni, macam dah trend orang susah nak beranak...Batch aku zaman sekolah dulu ramai jugak yang masih menanti dan ternanti-nanti saat-saat yang paling indah dalam hidup..Kesian kan kami...Inilah dugaan buat kami, insan-insan yang terpilih...Most of TTCian bukan sekali dua yang mencuba untuk dapatkan anak tau, ada yang 3 kali try pun gagal lagi...Belum rezeki...Allah Maha Mengetahui...Hari ni aku berazam untuk berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan keturunan kami...Tak kira sakit macam mane sekalipun terpaksa aku tanggung, tapi sekiranya berjaya, itulah pengorbanan yang dapat aku buat untuk suami tercinta...Kalian doakan kami ya...Ya Allah...Bantulah hambu hambaMu ini...


Letak gambar ni sebagai pembakar semangat...Subhanallah....Cumellllllll!!!!! 
Kalau betul-betul dapat twin, best giler sihhhh!

Tuesday, March 26, 2013

Dugaan 2013...



Dah lama sangat tak update blog..Jangan tak pecaya ada yang menanti cerita-cerita terbaru wa…huhuhu…Tak sangka ada gak orang yang nk baca citer-citer merapu aku…Alhamdulillah..Selagi aku tak menyakiti hati sesiapa dengan citer-citer aku ni, selagi tu la aku akan merapu…Ampun dan maaf sekiranya ada bahasa atau citer-citer aku yang tidak menyenangi hati kalian…Sebenarnya dalam beberapa lama aku tak merapu kat blog kesayangan aku ni, ada beberapa peristiwa yang terjadi, yang menyebabkan aku hilang mood…Apa pun segalanya telah aku hadapi dengan tabah…Alhamdulillah…


02.02.2013 adik ipar @ adik Mr Popeye telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah dengan kandungannya yang baru berusi 1 bulan…Itulah buat pertama kalinya aku terpaksa teman adik ipar aku tu naik ambulance dari klinik kesihatan ke hospital besar! Adoii…Takde pilihan…Punyalah berdoa sebab semuanya bergantung pada aku…Waktu tu ayah mertua balik India, emak mertua pulak tekanan darah rendah, kang tak pasal2 dia pulak pengsan lagilah haru..Mr Popeye dah tentu-tentulah takde time tu…Suami adik ipar pulak masatu baru mula keje, so macam susah sikit la nk mintak cuti..Kesian kat dia..Tapi kesian lagi kat aku..Semua orang bergantung kat aku…Allah je yang tau perasaan aku masa tu…Macam-macam ayat aku baca…Pengalaman…Kalau tak sebab jadi macam tu tak merasa naik ambulance…Hahaha! Nak sangat ya naik ambulance…Ambik kau! Mekasehlah pakcik ambulance sebab bawak dengan cermat ya…Lega…Tapi….

Pada hari yang sama jugak aku kehilangan orang yang aku kasihi…Pagi lepas blik dari hospital ingat nak pegi jenguk ayah yang sememangnya tengah tenat…Masa tu memanglah aku perlukan sangat-sangat Mr Popeye ada…Dia sememangnya penguat semangat aku walau dimana pun dia berada…(Sayang, terima kasih sangat-sangat). Memang takde rezeki nak jumpa ayah kali terakhir…Pagi tu sebelum sempat aku jumpa dia, dia pergi meninggalkan kami semua…Sungguh aku hilang kata-kata…Terkilan…Menyesal…Sedih…sebab takde kat sisi dia saat-saat terakhir…Semuanya abercampur…Allah Maha Mengetahui…Masa tu aku tak tahu mane satu yang nak didulukan…Adik ipar aku…Ayah…Sesungguhnya Allah dah aturkan semuanya untuk aku dan aku redha…Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya…Itu yang terbaik untuknya…Tak sanggup rasanya tengok dia menderita…Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuknya selagi hayatku..Syukur, segala urusan ayah berjalan dengan lancar…Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ayah hingga ke akhirnya…Kami sayang ayah…

”Ya Allah…Kau ampunkanlah doa-doa ayah…Kau tempatkanlah dia bersama-sama orang yang Kau kasihi…Kau peliharalah dia daripada azabMu…Amin”.

Ibu, semoga tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan mendatang..Ibu masih ada kami, anak-anakmu…In Shaa Allah kami akan menjagamu sehingga ke akhir hayat…


Raya 2012 yang terakhir bersama ayah...


 
*Mood* Bersedih-sedih dahulu, bergumbira kemudian…Menghitung hari, bilalah Mr Popeye nak sampai depan pintu umah ni….(Pesannya : Kurang daripada 10 hari…Nak surprise yaaaa…. Uuuu....I loikeeeeeeee!)

Wednesday, January 16, 2013

2013...



Rasanya belum terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2013! Bermakna bertambah lagi 1 angka umurku! Umur je bertambah tapi tetap awet muda.. Senang kata kanak-kanak Ribena lagi..Selagi takde anak memanglah susah nak jadi dewasa..Agaknyalah… Itu yang aku rasa..Korang tak taulah rasa macam mane kan….Memang dah lama sangat tak update blog ni since Mr Popeye balik..masuk umah baru.. Sambung plak wedding sister in law..Majlis bertandang di Terengganu..Huh..semuanya berlaku dalam masa sebulan lebih..Pindah ke rumah baru secara tak rasmi je….Belum sempat nak buat majlis kesyukuran lagi…Yang tu kena tunggu Mr Popeye balik March ni pulak..Semua kerja-kerja mengemaskini umah tergendala buat sementara waktu…Banyak lagi bende alah yang diperlukan untuk melengkapkan istana kami yang tak seberapa ni (tu pasal malu nak upload gambo)…Buat sementara ni hanya ada carpet, cabinet tv & tv je untuk hall..Macam umah bujang..Jadiklah untuk kami berdua lepak-lepak…Sesekali family dating menjenguk..Kalau dah lengkap nanti harus tak kuar umah! Yang ada sekarang ni pun bercintanya nak kuar…Bertambah-tambah lagi kalau Mr Popeye ada kat umah, memang bermalas-malasan je la jawabnya…Cuti Mr Popeye kali ni memang langsung tak plan ke mane-mane, memang nak habiskan masa kat umah baru je…Ni pun tak puas-puas lagi…Teringat kata-kata dia sebelum sign on hari tu, “Abang akan rindu umah ni…..” Ko tak sentap dengar! Dah memang confirm mata aku masuk habuk tiba-tiba walaupun baru je buat housekeeping pagi tu..

Azam 2013 ni rasanya sama je macam tahun-tahun yang lepas…Sentiasa nak memperbaiki segala kelemahan diri, segala ketidak sempurnaan diri…Nak menjadi yang terbaik untuk suami, keluarga & masyarakat…Nak gak jadi ibu yang penyayang tapi belum ada rezeki lagi buat masa ni...Kepada Mr Popeye, aku akan cuba menjadi isteri yang solehah dunia & akhirat…Sesuatu yang aku takut nak janji tapi aku selalu sangat dah janji & mungkir janji (hampeh)…Aku akan cuba mengurangkan level kemarahan aku dan menjadi seorang yang sabar…Huhhhh…payahnya sebab dah bertahun-tahun cuba!!! Sesungguhnya Mr Popeye sungguh penyabar orangnya…Terima kasih sayang, sabar dengan segala karenah isteri kamu ni…InsyaAllah…Aku sentiasa mencuba…Semoga Allah mendengar & memudahkannya…Amin…

Permulaan 2013, Mr Popeye mula keje dengan semangat baru…Ada umah sendiri….Dah banyak yang dia angan-angankan…Semoga dia diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal kat tengah laut nun…Alhamdulillah…Kami selesa dengan apa yang ada…Semoga Allah melindungi dia selalu…Macam dah tak sabar nak tunggu March ni! Mengadakannnnn….! Pakcik tu baru je start keje seminggu makcik oiii….Dah nak soh balik…Kang dia balik, berangin ko duit tak cukup! Padan ngan muke! Tapi sape yang sanggup jauh daripada suami berbulan-bulan…Kalau ada isteri yang senasib dengan aku, suami mencari rezeki kat tengah laut…Ada tu sampai 6 bulan…Lagi kesian kat diaorang…Tapi nilah salah 1 pengobanan yang dapat aku buat, sebab nak beranak belum tentu lagi dapat...Aku la tu…Hmmmm….Sabar je la..Tu jugak salah 1 duagaan yang tak seberapa untuk kami…Allah tak menguji hambanya kalau hambanya tak kuat kannn…Kiranya kami ni antara hamba-hambanya yang tabah kot…InsyaAllah…Semoga dengan dugaan ni, membuatkan kami menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah untuk apa jua ujian yang diberikanNya…Amin Ya Rabbal Alamin…

* Entry takde gambo.