Monday, July 1, 2013

TTC : HSG




HSG done!… Lepas meng GOGGLE beberapa lama pengalaman-pengalaman kengkawan yang senasib, aku jugak dah melalui pengalaman ber HSG macam TTCian yang lain pada hari Anniversary kami yang ke-5… Alhamdulillah…Dr sahkan yang aku takde apa-apa masalah dengan tiub aku…Berbaloi rasa sakit aku aku alami. Syukur sangat-sangat… Pengalaman yang susah untuk aku gambarkan…Macam-macam yang aku rasa…Memang betul, lain orang, lain pengalamannya…Ada yang kata sakit sampai susah nak berjalan. Ada yang kata sakit kejap je, lepas tu boleh jalan macam biasa…Mungkin kalau kite takde masalah, keadaan lepas buat prosedur  HSG kite boleh jalan macam biase…Kalau teruk mungkin sebaliknya…Risau jugak masa mula-mula nak masuk bilik X-Ray tu…Sejuk pulak air-cond kat KPJ Shah Alam…Lepas ½ jam tunggu Pn. Dr, barulah procedur bermula…Perghhh…tak tau nak kata takutnya masa tu! Segala ayat-ayat Al-Quran aku baca untuk tenangkan diri…Beku rasa kaki tangan ni! Time tu la teringat kat Mr Popeye yang hanya dapat doakan isterinya dari jauh…Dialah semangat aku…Aku kena kuat untuk dia! Pesannya “Balik ni take a rest, jangan buat kerja-kerja berat”… Terasa dihargai walaupun dia jauh…Sayang sangat dia!!! (Selingan). Sambung balik… Lepas beberapa minit digodeknya ‘tut’ aku, tibalah masanya untuk memasukkan ubat . Aku tau sebab pembantu Dr akan bagitau kite…Dannnnnnn….masa tu jugak aku terasa sesuatu  dengan perut aku!!! Macam nak terB*R*K !!! Memulas gilerrr! Adoiiii! Rasa tak sesua kalau perut memulas camtu kena baring telentang jeeeeee…..Aku nak menonggeng boleh ke????!! Hadoiiii….Takut gak tertendang Pn. Dr. Mintak maaflah banyak-banya Pn Dr oiii….Macam ni ke rasa nak beranak eh?? Aku rasa kot…Tapi memang sakit wooo….Selamat kejap je rasa, dalam 2-3 minit camtu la…Sekali masuk dalam 10ml…Total cecair yang dimasukkan 30ml, maknanya 3 kali aku rasa sakit memulas! Lepas ½ jam semuanya selesai…Fuuuuhhhh….LEGAAAAAAA……Sama jugak dengan TTCian yang lain, bila bangun, aku tengok lapik tempat aku baring, bleeding…Memang banyak…Cuma aku tak rasa sakit sikit pun kat bahagian ‘tut’…Untuk 1 hari tu memang akan rasa tak selesa kat perut…Rasa sebu camtu…Dah settle semuanya…Jumpa Dr Siti Esah balik, tengok result ok, barulah ada selera nak makan…hihihi…Tunggu pulak hari ke-21 untuk check darah. Dulu memang dah penah buat tapi sebab dh 2 tahun, kenalah start balik daripada awal… Dan Mr Popeye pun kenalah buat procedur dia jugak, tapi kena tunggu dia balik bercutilah, raya ni…

No comments:

Post a Comment