Tuesday, March 26, 2013

Dugaan 2013...



Dah lama sangat tak update blog..Jangan tak pecaya ada yang menanti cerita-cerita terbaru wa…huhuhu…Tak sangka ada gak orang yang nk baca citer-citer merapu aku…Alhamdulillah..Selagi aku tak menyakiti hati sesiapa dengan citer-citer aku ni, selagi tu la aku akan merapu…Ampun dan maaf sekiranya ada bahasa atau citer-citer aku yang tidak menyenangi hati kalian…Sebenarnya dalam beberapa lama aku tak merapu kat blog kesayangan aku ni, ada beberapa peristiwa yang terjadi, yang menyebabkan aku hilang mood…Apa pun segalanya telah aku hadapi dengan tabah…Alhamdulillah…


02.02.2013 adik ipar @ adik Mr Popeye telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah dengan kandungannya yang baru berusi 1 bulan…Itulah buat pertama kalinya aku terpaksa teman adik ipar aku tu naik ambulance dari klinik kesihatan ke hospital besar! Adoii…Takde pilihan…Punyalah berdoa sebab semuanya bergantung pada aku…Waktu tu ayah mertua balik India, emak mertua pulak tekanan darah rendah, kang tak pasal2 dia pulak pengsan lagilah haru..Mr Popeye dah tentu-tentulah takde time tu…Suami adik ipar pulak masatu baru mula keje, so macam susah sikit la nk mintak cuti..Kesian kat dia..Tapi kesian lagi kat aku..Semua orang bergantung kat aku…Allah je yang tau perasaan aku masa tu…Macam-macam ayat aku baca…Pengalaman…Kalau tak sebab jadi macam tu tak merasa naik ambulance…Hahaha! Nak sangat ya naik ambulance…Ambik kau! Mekasehlah pakcik ambulance sebab bawak dengan cermat ya…Lega…Tapi….

Pada hari yang sama jugak aku kehilangan orang yang aku kasihi…Pagi lepas blik dari hospital ingat nak pegi jenguk ayah yang sememangnya tengah tenat…Masa tu memanglah aku perlukan sangat-sangat Mr Popeye ada…Dia sememangnya penguat semangat aku walau dimana pun dia berada…(Sayang, terima kasih sangat-sangat). Memang takde rezeki nak jumpa ayah kali terakhir…Pagi tu sebelum sempat aku jumpa dia, dia pergi meninggalkan kami semua…Sungguh aku hilang kata-kata…Terkilan…Menyesal…Sedih…sebab takde kat sisi dia saat-saat terakhir…Semuanya abercampur…Allah Maha Mengetahui…Masa tu aku tak tahu mane satu yang nak didulukan…Adik ipar aku…Ayah…Sesungguhnya Allah dah aturkan semuanya untuk aku dan aku redha…Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya…Itu yang terbaik untuknya…Tak sanggup rasanya tengok dia menderita…Hanya doa yang dapat aku kirimkan untuknya selagi hayatku..Syukur, segala urusan ayah berjalan dengan lancar…Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan ayah hingga ke akhirnya…Kami sayang ayah…

”Ya Allah…Kau ampunkanlah doa-doa ayah…Kau tempatkanlah dia bersama-sama orang yang Kau kasihi…Kau peliharalah dia daripada azabMu…Amin”.

Ibu, semoga tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan mendatang..Ibu masih ada kami, anak-anakmu…In Shaa Allah kami akan menjagamu sehingga ke akhir hayat…


Raya 2012 yang terakhir bersama ayah...


 
*Mood* Bersedih-sedih dahulu, bergumbira kemudian…Menghitung hari, bilalah Mr Popeye nak sampai depan pintu umah ni….(Pesannya : Kurang daripada 10 hari…Nak surprise yaaaa…. Uuuu....I loikeeeeeeee!)

1 comment: