Wednesday, January 16, 2013

2013...



Rasanya belum terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2013! Bermakna bertambah lagi 1 angka umurku! Umur je bertambah tapi tetap awet muda.. Senang kata kanak-kanak Ribena lagi..Selagi takde anak memanglah susah nak jadi dewasa..Agaknyalah… Itu yang aku rasa..Korang tak taulah rasa macam mane kan….Memang dah lama sangat tak update blog ni since Mr Popeye balik..masuk umah baru.. Sambung plak wedding sister in law..Majlis bertandang di Terengganu..Huh..semuanya berlaku dalam masa sebulan lebih..Pindah ke rumah baru secara tak rasmi je….Belum sempat nak buat majlis kesyukuran lagi…Yang tu kena tunggu Mr Popeye balik March ni pulak..Semua kerja-kerja mengemaskini umah tergendala buat sementara waktu…Banyak lagi bende alah yang diperlukan untuk melengkapkan istana kami yang tak seberapa ni (tu pasal malu nak upload gambo)…Buat sementara ni hanya ada carpet, cabinet tv & tv je untuk hall..Macam umah bujang..Jadiklah untuk kami berdua lepak-lepak…Sesekali family dating menjenguk..Kalau dah lengkap nanti harus tak kuar umah! Yang ada sekarang ni pun bercintanya nak kuar…Bertambah-tambah lagi kalau Mr Popeye ada kat umah, memang bermalas-malasan je la jawabnya…Cuti Mr Popeye kali ni memang langsung tak plan ke mane-mane, memang nak habiskan masa kat umah baru je…Ni pun tak puas-puas lagi…Teringat kata-kata dia sebelum sign on hari tu, “Abang akan rindu umah ni…..” Ko tak sentap dengar! Dah memang confirm mata aku masuk habuk tiba-tiba walaupun baru je buat housekeeping pagi tu..

Azam 2013 ni rasanya sama je macam tahun-tahun yang lepas…Sentiasa nak memperbaiki segala kelemahan diri, segala ketidak sempurnaan diri…Nak menjadi yang terbaik untuk suami, keluarga & masyarakat…Nak gak jadi ibu yang penyayang tapi belum ada rezeki lagi buat masa ni...Kepada Mr Popeye, aku akan cuba menjadi isteri yang solehah dunia & akhirat…Sesuatu yang aku takut nak janji tapi aku selalu sangat dah janji & mungkir janji (hampeh)…Aku akan cuba mengurangkan level kemarahan aku dan menjadi seorang yang sabar…Huhhhh…payahnya sebab dah bertahun-tahun cuba!!! Sesungguhnya Mr Popeye sungguh penyabar orangnya…Terima kasih sayang, sabar dengan segala karenah isteri kamu ni…InsyaAllah…Aku sentiasa mencuba…Semoga Allah mendengar & memudahkannya…Amin…

Permulaan 2013, Mr Popeye mula keje dengan semangat baru…Ada umah sendiri….Dah banyak yang dia angan-angankan…Semoga dia diberi kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal kat tengah laut nun…Alhamdulillah…Kami selesa dengan apa yang ada…Semoga Allah melindungi dia selalu…Macam dah tak sabar nak tunggu March ni! Mengadakannnnn….! Pakcik tu baru je start keje seminggu makcik oiii….Dah nak soh balik…Kang dia balik, berangin ko duit tak cukup! Padan ngan muke! Tapi sape yang sanggup jauh daripada suami berbulan-bulan…Kalau ada isteri yang senasib dengan aku, suami mencari rezeki kat tengah laut…Ada tu sampai 6 bulan…Lagi kesian kat diaorang…Tapi nilah salah 1 pengobanan yang dapat aku buat, sebab nak beranak belum tentu lagi dapat...Aku la tu…Hmmmm….Sabar je la..Tu jugak salah 1 duagaan yang tak seberapa untuk kami…Allah tak menguji hambanya kalau hambanya tak kuat kannn…Kiranya kami ni antara hamba-hambanya yang tabah kot…InsyaAllah…Semoga dengan dugaan ni, membuatkan kami menjadi seorang yang kuat semangat dan tabah untuk apa jua ujian yang diberikanNya…Amin Ya Rabbal Alamin…

* Entry takde gambo.

2 comments:

  1. semoga 2013 menjanjikan yg indah2 utk kita....Insyaallah

    ReplyDelete
  2. Dah nak masuk 2014 dah nihhhh.... update la blog nyer!!!!

    ReplyDelete